Tuesday, October 13, 2009

PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL

PROTOKOL DAN ETIKA SOSIAL DI MEJA MAKAN


1.1 Definisi Protokol dan Etika Sosial


Protokol merupakan perkataan yang berasal Yunani iaitu protokollen yang menggabungkan dua perkataan iaitu protos yang membawa maksud yang pertama dan perkataan koil yang bermaksud pelekat.


Protokol bermaksud etika dan tatasusila yang harus dipatuhi dalam perlaksanaan upacara- upacara tertentu berhubung dengan susunan keutamaan dalam pangkat dan status seseorang.


Etika merupakan perkataan yang berasal dari Greek iaitu ethos yang membawa maksud satu bidang kajian yang dapat berfungsi sebagai penentu kepada perlakuan seseorang.


Etika sosial yang hendak disampaikan dalam modul ini merupakan satu tingkah laku dan sopan santun yang seharusnya anda lakukan berinteraksi dengan individu atau masyarakat sekeliling anda. Ia melibatkan amalan tingkah laku, budi pekerti, imej serta keyakinan diri yang baik diiktiraf dan diamalkan dalam masyarakat sama ada dalam majlis rasmi atau bukan rasmi.


2.1 Etika di Meja Makan


Perkara asas mengenai etika di meja makan perlu diketahui supaya anda tidak berasa serba salah apabila berada di meja makan terutama dalam majlis rasmi.


Anda hendaklah mengelakkan diri dari meletakkan siku di atas meja semasa hidangan disediakan. Jangan sekali-kali condongkan kerusi ke belakang. Duduklah dengan bahagian belakang badan rapat kerusi dan kaki rata di atas lantai.


Pengetahuan tentang adab dan tertib di meja makan amat berguna bagi mereka yang sering diundang ke majlis-majlis jamuan rasmi atau di rumah orang kenamaan.


a) Tertib di meja makan


Biasanya mereka yang jarang menghadiri majlis rasmi akan terpandang-pandang antara satu sama lain untuk memulakan makan ketika makanan dihidangkan. Mereka yang pertama kali ke majlis tertunggu-tunggu untuk makan kerana takut salah menggunakan peralatan yang disediakan.


Pada kebiasaannya sebelum sesuatu jamuan dimulakan para tetamu yang berlegar di ruang legar akan dihidangkan dengan minuman ringan sebelum jamuan. Lazimnya minuman dari jenis jus akan dihidangkan.Elakkan meminta minuman kegemaran seperti susu atau lain-lain minuman yang tidak dihidangkan oleh tuan rumah.


Kebanyakan masyarakat kita tidak minum sebelum makan. Jangan paksa diri untuk minum jika tidak biasa. Bukan menjadi kesalahan jika anda tidak mengambil minuman tetapi adalah tidak manis jika mengambil minuman lebih dari dua gelas.


Minuman ini tidak perlu dibawa ke meja makan walau bagaimanapun sedap sekalipun minuman tersebut. Selepas minum, letakkan gelas di atas meja-meja kecil yang disediakan di ruang legar atau berikan semula kepada pelayan.


Berikut adalah beberapa panduan bagi anda apabila beada di meja makan :

i. Elakkan membelek-belek peralatan yang tersedia di atas meja walaupun cantik.
ii. Jangan bercakap semasa mulut penuh dengan makanan.
iii. Jangan mengelap sudu dan garpu dengan kain napkin kerana ia dianggap seperti menghina tuan rumah.
iv. Elakkan menggunakan tangan untuk makan.
v. Jangan terlalu bising bila menggunakan sudu dan garpu.
vi. Jangan sekali-kali mencungkil gigi, mengorek telinga atau hidung.
vii. Jika perlu meninggalkan meja, letakkan napkin di atas kerusi menandakan anda akan
kembali semula. Jika napkin diletakkan di atas meja, menandakan anda akan terus balik.
viii. Letakkan sudu dan garpu rapat di atas pinggan sekiranya telah selesai makan.
ix. Letakkan sudu dan garpu bersilang sekiranya belum selesai makan.
x. Sekiranya makanan pembasuh mulut dihidangkan di dalam piring, sudu boleh ditinggalkan
di dalam bekasnya bila selesai makan. Sekiranya ia dihidangkan di dalam gelas berkaki yang
berlapik, sudu hendaklah diletakkan di atas piring pelapik di sebelah kanan.











No comments:

Post a Comment